Quantcast
' Sumpah Iblis Sumpah Iblis | Sumpah Iblis

Followers



Enam Perintah Iblis  

Tak kenal maka tak sayang, tak sayang maka tak cinta. Namun pepatah ini tidak laku kepada para syaitan. Mengapa? kerana

Pertama : Semakin kita mengenal iblis dan pasukannya maka kita bukannya semakin sayang atau cinta tetapi malah jadi semakin hati-hati dan waspada kepada tipu dayanya.

Kedua : Semakin iblis dan pasukannya mengenal kita maka bukannya mereka makin sayang atau cinta kepada kita tetapi semakin hebat godaan dan tipu dayanya.


Syaitan terdiri dari 2 golongan iatu syaitan dari golongan manusia dan syaitan dari golongan jin.

SEDUTAN MAKLUMAT

Ciri utama syaitan: “Paling gemar menterbalikkan kebenaran. Mengatakan yang benar itu salah, dan yang salah menjadi benar.” (Contoh: Memakai tudung sebagai kolot dan menyukarkan mendapat pekerjaan sedangkan mendedahkan aurat adalah sesuai dengan peredaran zaman sekarang)

Tugas utama para syaitan: Menggoda manusia menggunakan cara yang paling halus sehingga cara yang paling kasar supaya manusia masuk neraka.

Enam perintah Iblis kepada pasukannya (para syaitan dari golongan Jin dan Manusia) :

  1. Jauhkan manusia dari Ilmu agama dan Iman, kemudian lemparkan mereka kedalam syirik dan kekufuran (inilah Puncak Keinginan syaitan). Sekiranya  tidak mampu, maka:
  2. Ajak mereka untuk mengerjakan bid’ah. Sekiranya  tidak mampu, maka:
  3. Pujuk agar mereka gemar melakukan dosa-dosa besar. Sekiranya  tidak mampu, maka:
  4. Pujuk agar mereka senang dengan dosa-dosa kecil. Sekiranya  tidak mampu, maka:
  5. Buatlah agar mereka senantiasa melakukan perbuatan sia-sia supaya terhalang dari perbuatan penting, perlu, dan berkualiti. Sekiranya  tidak mampu, maka:
  6. Siksalah mereka, hinalah mereka, kelabui mereka, dan setelah itu tuduhlah mereka telah melakukan perbuatan tercela, haram, sampai mereka sedih berlarut-larut, kecewa mendalam, frustasi dan putus asa…….

Demikianlah, padahal putus asa adalah haram bagi muslimin……………………….
Brother n sister, kalau jatuh, bangkitlah lagi.... jatuh lagi,  bangunlah lagi...... jatuh lagi, bangkit  lagi..... dan seterusnya sampai iblis dan pasukannya (para syaitan dari golongan jin dan manusia) berkata begini : "halaaaah... membazir saja saya mengganggu dia ni..."
Ketahuilah bro n sis, iblis dan para syaitan itu sebenarnya mudah berputus asa..... Dan sebaliknya mereka paling gemar kepada orang yang apabila jatuh dan atau melakukan dosa, terus berkata begini : "halaaah... membazir saja saya taubat / saya mohon ampun, seterusnya saya buat dosa lagi.... nanti ajalah saya mohon ampun / taubatnya....."
Begitulah, semoga kita termasuk orang yang di beri kekuatan untuk tetap kukuh, kuat, mapan, sekeras batu karang...
WALLOHU A'LAM BISHOWAB
Pesanan Rasullullah


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung 

No comments:

Post a Comment